Wednesday, January 6, 2010

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH - Presiden PAS

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi
polimik hangat dalam negara , menjadi lebih panas setelah Mahkamah
membuat keputusan keizinan kepada pehak gereja kathulik memakai
perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum ,
khususnya masyarakat yang hidup didalamnya Umat Islam , kerena
menyentuh perasaan mereka , kerana Perkataan ALLAH sangat mulia
disisi umat Islam . Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal
ajaran keristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masingmasing

. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan
bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab
suci mereka (Al Quran) yang tidak diterjemahkan lagi kedalam bahasa
masing-masing , kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan
kedalam bahasa lain , dengan berpegang kepada makna asalnya dalam
bahasa Al Quran.

Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan
beragama ? , sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas
sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara
yang merosakan hubungan sesama manusia . Perkara ini perlu dijawab
secara ilmu , kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah
mengikut maknanya yang sebanar sehingga menjadi akidah yang
menjadi asas kepada amalan mereka .

Perlu di fahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut
agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan
maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus di-gunakan oleh umat
Islam yang terdiri daripada bebagai bangsa dan bahasa dengan tetap
berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah atau mereka
yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka
sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang
menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan
maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang
memuja kalimah ini .

Perkataan Allah di-sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab
yang menganut berbagai agama , sama ada penganut yahudi , keristian
dan penyembah berhala sejak dahulu kala . Al Quran menyebut secara
jelas bahawa penganut agama-agma itu menyebut dan menulis
perkataan Allah .

Firman Allah:
AlANkabut: 61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya
daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Firman Allah:
AlAnkabuut 63.
Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan
dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur
disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan
mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah:
Luqman: 25.
Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit
dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah
(Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan
pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian
syirik).

Firman Allah:
Az-zumar :38.
Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan
bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah
(kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang
yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak
menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka
mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak
memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?"
Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan
memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang
mahu berserah diri".

Firman Allah:
Az-zukruf:9.
Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit
dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya
ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Firman Allah:
Az-zukruf 87.
Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu
mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana
mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Ayat-ayat tersebut di-atas mendedahkan bahawa orang-orang yang
bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya
Tuhan Yang Bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah
(Adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu , namun kepercayaan
mereka tidak menepati hakikat dari makana perkataan Allah mengikut
maknanya yang sebenar , supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan
cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat makjizat Al Quran , apabila mereka memaksa diri
menggunakan perkataan Allah , pada hal selama ini mereka
menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa
masing-masing seperti GOD , LORD dan kalau itulah Allah mengikut
kefahaman mereka maka tidak tepat dengan maksudnya .

Kita tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah mengikut ajaran dan bahasa kita , walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha
Berkuasa , tatapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya
dengan berbagai-bagai cara . Kalangan penganut kristian dengan
kepercayaan Trinity (Tiga Tuhannya) dengan mengadakan isteri dan
anak bagi Tuhan Yang maha Esa dan Maha Suci itu . Agama yang lain
menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masingmasing.

Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ia-lah salah satu daripada namanama yang banyak bagi Tuhan Yang maha Esa ( Al Asma Al Husna).
Imam Al Baihaqi menulis dalam kitabnya ( Al Asma Wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ia-lah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih
dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa , anak
dan apa sahaja) . Allah mengikut bahasa arab yang fasih dan nyata
bermaksud, Dia Sahaja Tuhan , Yang Maha Esa , tidak ada lagi tuhan
yang lain daripadanya . Perkataan ALLAH itu daripada perkataan ALILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAHyang
bermakna Tuhan secara umum .Apabila di letakkan Alif dan lam (AL)
menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya ,
kemudian di mudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf
maka , di sebut ALLAH. Penambahan Al dalam bahasa arab bertujuan
makrifah (yang di kenali ) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan
dengan kepercayaan salah, ia-itu berbilang tuhan” .

Al Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar , begitu juga
hadith-hadith Rasulullah S.A.W. tanpa melarang mereka menyebut ,
tetapi memberi penjelasan secara ilmu , bahawa penggunaan perkataan
Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama
ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat .

Apabila Rasulullah S.A.W. menghantar surat kepada raja-raja yang
menganut agama kitab di –sebut dalam surat perutusan itu firman Allah
yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah :

Ali-Imran:
64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah
kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Perutusan Rasulullah S.A.W. mendedahkah bagaimana gulungan Ahli
Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila
menyebut Perkataan Allah , seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah
yang tepat secara ajaran Tauhid , (mengesakan Allah) tanpa syirik , sama
ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan –
tuhan yang lain daripada Allah , atau mematuhi hukum-hukum dan
undang-undang ciptaan para ahli agama (padri-padri) dan pemimpinpemimpin (Arbab) yang mencipta undang –undang dan hukum yang menentang hukum Allah saperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang di- halalkan, atau memberi hak ketuhanan
kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah
sahaja.


Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan
perkataan Allah dikalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan
amalan mereka , walau pun salah maksud dan maknanya yang asal
mengikut bahasa kita .

Adapun menggunakan perkataan Allah oleh
mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan aqidah mereka
dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar
mengubah janama melariskan barangan dalam masyarakat Islam , tidak
boleh dizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah
yang Maha Suci Kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna
mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, seterusnya di-kira
menodai kesucian dan kemurnian Kalimah ALLAH dihadapan umat
Islam .


Iman ‘Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan
perkataan yang benar dengan tujuan yang salah , dengan apa nama
sekalipun :
(Kalimahnya benar , tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah ALLAH adalah paling benar , tetapi kalau menulis atau
menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk
melariskan jualan ditengah masyarakat umat Islam sangat menyentuh
sensetiviti Umat Islam, sehingga menggerakkan semua kalangan umat
Islam yang berbeza pertubuhan (NGO) fahaman politik dan individu,
bersatu mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan
kalimah ALLAH boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat
majmuk .

Al Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan
mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci
Allah . Firman Allah:

Al-Anaam:108.
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang
lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara
melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami
memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan
mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka,
lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.


Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebabasan beragama dengan
batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat
berbagai agama.

Presiden PAS.

No comments: