Tuesday, January 12, 2010

Catatan Dialog: Allah Sape Punya.

A dialogue is being organized on 11 January 2010 by the University of Malaya
Muslim Students Society on this issue. Details are as follows:

*Allah: Siapa yang Punya?*

Organized by Free Public Forum and Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Malaya

[catatan dibawah dari seorg rakan...]


Alhamdulillah ana baru sahaja pulang dr KLSCAH selepas menghadiri forum tersebut. Dengan sedikit catatan yang dibuat, berikut diperturunkan pandangan2 & hujah setiap panelis mengikut turutan masing2.

Panelis 1: Dr. Khalif Muammar, Felo di Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM).

* Allah bukan nama generik, ia nama khas, oleh itu TIDAK BOLEH digunakan oleh agama lain
* kalimah suci akan rosak jika digunakan dengan interpretasi sendiri
* nama Allah yang digunapakai oleh orang Arab jahiliyah telah melalui proses ISLAMISASI
* Luqman:25, Hajj:40
* definasi Allah adalah berdasarkan Surah Al-Ikhlas: As-Samad, Lam yalid walam yulad
* jangan nanti satu hari Msia akan jadi seperti Indonesia, i.e. gereja = Rumah Allah


Panelis 2: Sdr. Hasmi Hashim, penulis.

* isu ini dilihat sebagai Clash of Civilisation dan perlu pada pengurusan krisis yang bijak
* penggunaan nama Allah dalam Bible terjemahan Melayu telah lama digunapakai
* hujah yang digunakan adalah sejarah Munsyi Abdullah yang diminta oleh Paderi THomson dari gereja pertama di Melaka 150 tahun lalu untuk menterjemah Bible kepada Bahasa Melayu. Munsyi Abdullah menggunakan perkataan ALLAH sebagai terjemahan dari GOD.


Panelis 3: Dr Azwira A. Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

* beliau mengulas dari sudut proses undang-undang
* perbezaan besar antara MENGGUNA nama dan MEMILIKI nama
* tiada nas yang jelas MELARANG non-muslim menggunakan nama Allah di dalam Al-Quran
* isu timbul kerana peguam2 yang mewakili kerajaan gagal membuktikan
1) Kalimah Allah adalah khusus untuk orang Islam
2) Penganut Kristian tidak menggunakan kalimah dalam ajaran dan kitab Bible, tapi hanya dalam mingguan Herald Tribune
* kalimah Allah adalah penggunaan bangsa Arab selepas risalah diturunkn pada Nabi Muhammad s.a.w, sedangkan dalam bahasa Ibrani (dari Nabi Musa a.s.) Allah disebut Aloha dan Bani Israel (dari Nabi Isa a.s) pula menyebut Allah sebagai Alaha
* Arabic Bible menterjemah Tuhan sebagai Allah

Panelis 4: Dr Mohd Farid Mohd Shahran, pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

* beliau mengupas dari sudut kewajaran menterjemah GOD sebagai Allah
* ia bukan isu siapa yang monopoli penggunaan kalimah suci
* dalam kamus Oxford & Cambridge, ALLAH diterjemah sebagai LORD of the Muslims
* dalam menterjemah kalimah, perlu ikut konteks di Malaysia kerana ia tidak sama dengan di negara2 Arab
* toleransi kita adalah: LAKUM DINUKUM WALIYADIN
* sekiranya Kristian mahu menggunakan kalimah Tuhan dengan alternatif, gunakan terma asal seperti ELOHIM atau YAHWE
* kita perlu bezakan apakah FAKTA dan apakah KEBENARAN


Panelis 5: Mr. Shah Kirit Kakulal Govindji (pendakwah, Saba Islamic Media).

* isu ini berasas untuk menjadi isu sensitif kerana penggunaan bahasa seharusnya untuk MENJELASKAN maksud, bukan untuk MENGELIRUKAN
* kerisauan orang Islam adalah penerjemahan orang Kristian dari GOD kepada ALLAH akan digunapakai untuk dakyah kepada orang Islam
* sekiranya perlu untuk terjemah GOD sebagai kata umum, gunakan ILAH
* hujah beliau dengan memberi contoh2 ayat dari English Bible berkenaan hubungan Jesus dan Lord seperti: Jesus merasakan Lord lebih besar dari dirinya, Jesus berdoa pada Lord, dan juga Jesus solat sepanjang malam. Ini tidak bertentangan dengan konsep tauhid sekiranya Lord di sini diESAkan
* dalam Bible, Commandment yang paling penting adalah: the Lord (our Allah) is ONE


Panelis 6: Sdr. Eddin Khoo , budayawan, penulis dan pengkaji agama.

* isu berpunca dpd kegagalan untuk membincangkan hal2 agama yang kompleks
* ia juga bayangan sebenar krisis institusi negara
* faktor demografi juga sebagai punca Sermon di gereja2 di Borneo disampaikan dalam Bahasa Melayu, dan ini telah berlaku 100 tahun lalu
* perkara ini perlu ditangani secara KOLEKTIF dengan meraikan kepelbagaian, mengendalikan isu sensitif ini secara bertamadun agar kita saling mengenali


Panelis 7: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam.

* banyak nas di dalam Al-Quran membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh non-muslim
* namun, Allah bagi non-Muslim tidak sama dengan Allah bagi Muslim
* beliau merujuk seerah Rasulullah ketika baginda menulis Perjanjian Hudaibiyah. Baginda memulakan dengan kalimah Bismillahirrahmanir rahim. Suhail b. Amru wakil Quraisy membantah kerana bagi mereka, mereka tidak mengenal Allah yang bersifat PENGASIH PENYAYANG. Suhail minta menggantikan Bismika Allahumma
* perbezaan yang ketara adalah Muslim menggunapakai nama Allah dengan penuh kefahaman ttg konsep Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, Asma' wa Sifat dan BUKAN hanya pada nama
* rujuk Ali-Imran:164, apabila menggunakan kalimah yang SAMA, mudah untuk menjelaskan ketidakfahaman ttg konsep tauhid pada non-Muslim. Di sinilah bermula usaha DAKWAH


Sesi Q&A juga hangat kerana banyak soalan ditujukan pada YB Khalid Samad yang kelihatan berpolitik kerana banyak kali menyebut UMNO sebagai punca isu ini diperbesarkan. W/bgmnapun ana tidak tunggu hingga akhir sesi kerana harus pulang.

Jzkk.

No comments: