Tuesday, January 15, 2008

Berita Berita Akhbar Isu Penggunaan Perkataan ALLAH Oleh Org Kristian

Herald can print in Bahasa

By ELIZABETH LOOIPETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly newspaper has been allowed to continue printing its Bahasa Malaysia section with no restrictions on the use of the word Allah for God. The permit for the 13-year-old paper expires today. The editor, Father Lawrence Andrew, said a representative from the Internal Security Ministrydelivered a letter containing the permit to print the paper, dated Dec 28, by hand at 10am yesterday. “This letter places no restrictions whatsoever and includes the permit for all the languages, including the Bahasa Malaysia segment. “We thank the Government for this gesture of goodwill in renewing Herald’s printing permit and restoring its right to publish in all languages without any conditions. “We also thank (Minister in the Prime Minister’s Department) Tan Sri Bernard Dompok for his assistance, as well as the various news agencies and other media groups for supporting us with their wide coverage,” Father Lawrence said in a statement. The paper carries reports, in English, Bahasa Malaysia, Tamil and Chinese, about the Catholiccommunity. It has a circulation of 12,000.

The ministry had earlier issued directives to the publisher to cease the use of Allah in the weekly,failing which its permit would either be suspended or revoked. The publisher then filed a writ of summons and statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of Allah on Dec 5. Father Lawrence later said the letter did not specify anything, adding that it was the usual approval letter for printing permit. “But with the letter, I’m certain that we can continue with the publication as well as the use of the word Allah,” he said. He, however, said he did not want to speculate on whether the publisher would withdraw the writ of summons. Dompok said he brought the matter to the attention of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi a few days before Christmas and the latter promised to look into it. “I think the permit is good news and the Government has given the Christian community a wonderful Christmas present. “The community will certainly be happy to know that the Government is looking into their welfare and that the Government is interested in all the races,” said Dompok. National Evangelical Christian Fellowship secretary-general Wong Kim Kong welcomed theGovernment’s approval of the permit.




Malaysia Bans "Allah" for Catholics
IslamOnline. net & News Agencies


The Herald was told that the use of the word Allah should be exclusive only for the Muslim community.
KUALA LUMPUR — Malaysian Catholics are disappointed by a government decision to ban the Catholic Church's newspaper from using the word "Allah", the Arabic term for God, on the claim that it should be exclusive for Muslims.
"The government does not want us to use the word Allah," Augustine Julian, Secretary of the Catholic Bishops' Conference in Malaysia, told Agence France Presse (AFP) on Wednesday, December 26.
The Internal Security Ministry has ordered a ban on articles written in Malay in The Herald, the weekly newspaper of the Catholic Church which publishes reports in English, Malay, Chinese and Tamil.
It based the decision on the use of the word Allah in articles published in the Malay section of the tabloid, arguing the word should not be used by religious communities other than Muslims.
Race, language and religion are touchy issues in multiethnic Malaysia, where Muslim Malays form about 60 percent of the 26-million population.
"But this is against the constitution that allows the freedom of religion," said Julian.
"Christians are definitely unhappy."
He said Church leaders would ask the government of Prime Minister Abdullah Ahmed Badawi to clarify the matter and then appeal if the government refuses to lift the ban.
Christians make up around 9.1 percent of the population, including a Catholic population of nearly 800,000.
Usually dubbed the "melting pot" of Asia for its potpourri of cultures, Malaysia has long been held up as a model of peaceful co-existence among its races and religions.
Buddhists and Hindus constitute 19.2 and 6.3 percent of the population respectively.
Inclusive Allah
A senior Internal Security Ministry official tried to explain the controversial decision.
"Allah is only for the Muslim god," Che Din of the Ministry's publications control unit told The Associated Press.
"This is a design to confuse the Muslim people."
He suggested that the Church weekly should use the word "Tuhan", which is another term for God in Malay language.
But Catholic leaders insist the widely-used "Allah" word can not be exclusive for Muslims.
"We follow the Bible," Julian told AFP.
"The Malay-language Bible uses Allah for God."
They contend that the use of "Allah" is nothing new and has long been invoked in prayers and during Malay masses. "If the government feels the word Allah creates confusion among Muslims, then they should educate their Muslims," Julian said.
Perkataan Allah dalam buku agama Kristian boleh mengelirukan
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1231&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive
PendapatIZINKAN saya merujuk laporan akhbar tentang usaha Sidang Injil Borneo berhubung larangan kerajaan terhadap mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi perkataan Allah seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun keluaran 28 Disember 2007.
Mengikut laporan akhbar tersebut, Sidang Injil Borneo berpendapat mereka mempunyai hak dari segi Perlembagaan negara untuk menggunakan istilah Allah dalam semua bahan terbitan agama mereka.
Sidang Injil Borneo memperakukan bahawa bumiputera beragama Kristian di Sabah yang menggunakan bahasa Malaysia telah lama menggunakan perkataan Allah. Terjemahan kitab Injil dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia juga telah menggunakan perkataan Allah sebagai suatu istilah untuk Tuhan.
Perkataan Allah juga telah digunakan dalam kitab Injil Arab kuno dan juga kitab Injil Arab baru yang telah dan sedang digunakan oleh orang Arab sejak zaman dahulu hingga sekarang seperti di Mesir, Lebanon, Iraq dan Afrika.
Saya percaya ahli Sidang Injil Borneo adalah penganut agama Kristian Roman Katolik.
Sidang Injil Borneo diharap menjawab persoalan berikut secara jujur bagi manfaat semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan juga penganut Kristian.
Oleh kerana Sidang Injil Borneo telah merujuk penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian di negara Arab bagi menguatkan alasan dan hujah mereka, maka saya ingin membuat sedikit pemerhatian berhubung kewajaran yang ingin ditimbulkan oleh Sidang Injil Borneo.
Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan tentang konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang diamalkan oleh penganut Kristian Roman Katolik seperti yang diamalkan di negara Barat dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian seperti yang diamalkan oleh penganut agama Kristian di negara Arab.
Kebanyakan penganut Kristian di negara Arab adalah mengamalkan agama Kristian Timur (Eastern Church) yang berpusat di Iskandariah. Penganut Kristian Arab ini berpegang kepada konsep Unity iaitu tentang konsep ketuhanan bahawa Tuhan itu adalah yang Satu iaitu yang Esa.
Dalam Unity, kefahaman ketuhanan adalah Allah itu tidak mempunyai ciri Bapa, Anak dan Hantu Suci (Father, Son and Holy Ghost). Konsep Tuhan yang Satu ini yang digelar Unity adalah selari dengan konsep Allah yang Esa seperti yang dianuti oleh orang Islam.
Dalam konteks ini, penggunaan istilah Allah yang digunakan oleh penganut agama Kristian Timur tidak bercanggah dengan istilah Allah yang digunakan oleh umat Islam. Tiada pertentangan yang berlaku dalam hal ini.
Akan tetapi, penganut Roman Katolik tidak mempercayai konsep Unity ini. Mereka berpegang kepada konsep Trinity iaitu konsep tiga personaliti dalam satu sifat ketuhanan (the union of three persons - Father, Son, and Holy Ghost in one Godhead). Iaitu konsep the threefold personality of the one Divine Being.
Dalam konteks ini, penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama Roman Katolik adalah berkonsepkan bahawa Allah itu bersifat Trinity dan ini bertentangan dengan pegangan agama Islam. Dalam Islam, Allah itu adalah Esa. Allah dalam Islam tidak mempunyai sifat Bapa, Anak dan Hantu Suci. Inilah yang menjadi pertentangan.
Natijahnya, pengertian Allah dalam Roman Katolik adalah berbeza dengan pengertian Allah dalam Islam.
Justeru, jika tuntutan Sidang Injil Borneo dibenarkan untuk mengguna pakai istilah Allah dalam penerbitan mereka dalam bahasa Malaysia, maka akan wujud kekeliruan yang amat sangat di mana pengertian istilah Allah dalam Islam ialah Allah yang Esa manakala pengertian Allah dalam Roman Katolik ialah Allah yang Trinity. Ini sangat sensitif.
Saya percaya orang Islam tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku.
Jika Sidang Injil Borneo masih mahu menggunakan istilah Allah dalam penerbitan berbahasa Malaysia mereka, konsep Allah yang mereka gunakan perlu selari dengan makna dan fahaman konsep ketuhanan orang Islam iaitu Allah itu Esa iaitu Allah tidak mempunyai sifat Bapa, tidak mempunyai Anak dan tiada sifat Hantu Suci.
Dengan lain perkataan, untuk membolehkan Sidang Injil Borneo menggunakan istilah Allah dalam bahan penerbitan agama, mereka perlu menggugurkan kepercayaan dan kefahaman Trinity mereka dan menggantikannya dengan konsep Unity seperti yang diamalkan oleh penganut Kristian Timur di negara Arab yang berpusat di Iskandariah itu.
Untuk pengetahuan ahli Sidang Injil Borneo, umat Islam adalah wajib menerima dan mempercayai akan kesemua Rasul dan Nabi Allah daripada Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. serta akan semua kitab-kitab-Nya. Ini termasuklah Nabi Isa Al-Masih (Jesus Christ) dan kitab suci Injil.
Para Nabi, Rasul dan kitab-kitab suci ini memberitahu kita bahawa hanya terdapat Satu Jalan yang Benar, iaitu Allah yang Esa.
Semoga Allah membuka pintu hati kita melihat satu jalan yang benar ini.
– JOHARI SHAMSUDIN,
Kuala Lumpur.

Siasat pendakwah Kristian guna bahasa Malaysia
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1231&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive
Pada minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan Allah untuk artikel dakwah agama Kristian dalam The Herald. Kementerian antara lain menegaskan bahawa adalah tidak wajar sama sekali artikel agama Kristian dalam bahasa Malaysia menggunakan Allah sebagai ganti perkataan God.
Pada hemat saya, tindakan ini merupakan satu langkah yang amat tepat dan wajar.
Namun terdapat usaha sekumpulan paderi Kristian, beberapa pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba memberi imej buruk kepada kerajaan, memberi wawancara kepada media luar negara serta menghasut penganut Kristian sedia ada supaya mencabar keputusan kerajaan ini.
Mereka mendakwa sesiapa sahaja berhak menggunakan nama Allah kerana orang Arab Kristian turut menggunakan nama Allah bagi menggantikan perkataan God.
Justeru, hujah mereka adalah tidak salah untuk The Herald, menggantikan perkataan God kepada Allah dalam bahan-bahan dakwahnya yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia.
Alasan mereka Allah merupakan kata umum bagi God dalam bahasa Arab. Alasan mereka ada rasionalnya.
Namun penggunaan perkataan Allah sebagai ganti God dalam ajaran Kristian berbahasa Malaysia adalah berniat jahat dan bermotifkan sesuatu usaha yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia, iaitu menjalankan pendakwahan agama lain ke atas orang Melayu.
Bagi orang Melayu dan juga budaya sosial di Malaysia, perkataan Allah bukan sahaja merupakan bahasa Arab yang membawa maksud Tuhan, tetapi juga sudah menjadi satu rujukan khusus sebagai Tuhan yang Esa dalam Islam.
Sudah beratus tahun, perkataan Allah diterima sebagai satu rujukan khusus kepada Tuhan orang Islam di negara ini. Malahan dalam bahasa Malaysia juga ejaan Allah menggunakan huruf besar yang menunjukkan rujukan nama khas, bukannya nama umum. Justeru secara budaya pun di negara ini Allah merupakan nama khas Tuhan orang Islam.
Mengapa status quo ini mahu dicabar, dirombak dan diruntuhkan? Siapakah di sebalik kumpulan ini?
Lebih meragukan, mereka menulis bahan agama Kristian dalam bahasa Malaysia tetapi menggantikan perkataan God kepada bahasa Arab – Allah.
Jika benar mereka mahu menterjemahkan God ke dalam bahasa Malaysia maka perkataan yang sewajarnya ialah Tuhan.
Mengapa mereka tidak mahu menggunakan perkataan Tuhan sebagai ganti God?
Alasan bahawa Allah merupakan bahasa Arab yang bermaksud tuhan mungkin relevan jika artikel dakwah agama Kristian tersebut ditulis dalam bahasa Arab.
Sebaliknya, oleh kerana bible atau bahan agama Kristian ini ditulis dalam bahasa Malaysia, maka perkataan yang sewajarnya menggantikan God ialah Tuhan.
Mengapa kedudukan dan konsep ini perlu dipersoalkan hari ini? Siapakah mereka ini yang kelihatan begitu berusaha meruntuhkan struktur sosial dan agama yang telah wujud sejak beratus tahun lalu di Tanah Melayu?
Bukankah tujuan mereka ini begitu jelas? Untuk mewujudkan kekeliruan agama di kalangan generasi muda Melayu. Selebihnya, bukankah ini kelihatan jelas usaha-usaha mewujudkan provokasi bagi tujuan mencetuskan ketegangan kaum dan agama?
Mereka ini mahu mencabar kedudukan agama Islam dan struktur sosial orang Melayu di Malaysia dan melihat sejauh mana kerajaan berani bertindak.
Sebagai orang Islam, kita juga mungkin wajar mempersoalkan mengapa perlu bahan dakwah Kristian dalam bahasa Malaysia? Apakah ini bukan bertujuan berdakwah kepada orang Melayu? Apakah mendakwah agama lain selain Islam kepada orang Melayu tidak lagi salah menurut Perlembagaan Malaysia? Jika salah apakah tindakan kerajaan?
– AB. JALIL BACKER,
Petaling Jaya.
[NOTA SAYA: Mr Backer ni typical org melayu, mudah sgt rasa tercabar kalau org mempersoalkan sesuatu. Dia ingat org zaman ni, sama macam zaman datuk nenek dia, angguk angguk geleng geleng sahaja tanpa menyoal banyak perkara].

Kabinet benarkan Islam sahaja guna kalimah Allah
PUTRAJAYA 3 Jan. – Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan akhbar masing- masing bagi mengelakkan wujud suasana tidak harmoni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.. Abdullah Md. Zin berkata, keputusan itu dibuat kerana penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Beliau berkata, adalah tidak wajar larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain dijadikan perbahasan umum yang menggambarkan seolah-olah tiada kebebasan beragama di negara ini.
''Semalam, Kabinet memutuskan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah 'Allah' seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuaratnya pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
''Lagipun, mengikut amalan sejak sekian lama di negara ini, kalimah 'Allah' hanya merujuk kepada Tuhan penganut agama Islam sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429/2008 yang akan disambut pada 10 Januari ini di sini hari ini.
Acara tahunan kali ini yang bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang' itu akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Pada 31 Disember lalu, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah 'Allah'.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Timbalan Menteri KKDN, Datuk Johari Baharum menegaskan, sekali pun permit akhbar itu diperbaharui, larangan penggunaan kalimah 'Allah' masih kekal.Sehubungan itu, Abdullah memberitahu, pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada KKDN berhubung keputusan tersebut secepat mungkin.
Beliau berkata, selain kalimah 'Allah', kalimah solat, Kaabah dan Baitullah adalah dilarang penggunaannya dalam penerbitan agama lain.
''Ia berdasarkan keputusan Kabinet pada 31 Julai 2002," katanya.
"Katakanlah: ""Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,"
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
"dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia""."

Sungguh malang dan sangat memalukan Kerajaan Malaysia Hadhari dan semua kita umat orang Islam di Malaysia. Sepatutnya kita yang mengajak manusia kepada Allah dan bukan orang Kristian yang bersusah payah ke mahkamah untuk guna Allah.

Al-Imran (The Family of Imran)
3:64 "Katakanlah: ""Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: ""Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)""."

Tauhid Uluhiyah, Rububiyah,...

Memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam.

22. Sbg ulangan ringkas

a. Tauhid Rububiyah adalah menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa yang menciptakan alam, mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga.

b. Tauhid Uluhiyyah pula, Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta, Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

23. Pembaca sekelian, ianya tidak berhenti disitu. Dari situlah datangnya
a. Rukun Islam
b. Rukun Iman.
Dah cukup? Ramai umat melayu Islam berhenti disini. Islam mereka sekadar 2 rukun ini dan kemudian memberi sedekah dengan ala kadarnya. Seolah olah mempercayai Islam itu hanya Rukun Islam dan Rukun Iman.

24. Sebenarnya setelah dua rukun tersebut, kita perlu memberi komitmen bahawa kita akan Muslim dengan
a. Beraqidah Islam dengan sebenarnya.
b. Menjaga ibadah Islam kita supaya suci
c. Menjaga diri sendiri dengan ilmu dan akhlaq Islam
d. Membentuk, membangun, mendidik keluarga kita dengan cara Islam
(Ramai orang berhenti ditakat a-d)
e. Berdakwah menyebarkan kefahaman Islam
f. Amar makruf Nahi Mungkar
g. Memperjuangkan demi menghidupkan sistem syariah Islam.

Pembaca budiman, tambahlah ilmu dengan mengetahui nas nas alQuran dan hadis Rasullullah utk perkara perkara diatas. Lets do it, once and for all, supaya aqidah kita berasaskan hujah& nas, bukan lagi ikut ikut atau terlalu cetek, juga supaya diri kita, anak, menantu, cucu, cicit kita selamat dari api neraka

Sila lawati
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp dengan membaca Apa Ertinya Saya Menganut Islam: Fathi Yakan. Web ini adalah naungan kerajaan Arab Saudi.

Di izinkan Allah saya akan meneroka Nabi ISA dari perspektif petikan petikan dari Al Quran.
Mohon fwd kepada keluarga, rakan ofce dan dunia luar...
Allahu a’lam

Apa Ertinya Saya Menganut Islam.
Mukadimah Bahagian Pertama
Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah
Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam
Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib

Satu ALLAH 3 Aqidah (2)


16. Rupanya kalimah Allah juga menjadi ’protective word’ kepada orang melayu. (lihat berita akhbar dibawah) Kalau kita kiaskan bagaimana kritikan dasar ekonomi baru bahawa DEB menyebabkan majoriti orang melayu memerlukan tongkat, maka kita perlu amat bimbang. Kita takut orang mula mengambil perkataan Allah dengan mudah tanpa perlu memahami isi kandungannya. Kenapa tidak, bila sebut Allah ianya hanya utk orang Islam.

17. Kita takut, kita mula mengambil nama Allah secara bersahaja ataupun ’taking it for granted’ kata org puteh. Jika kita tidak faham, dan hanya kita sahaja yg tak faham, itu ok lagi. Tetapi apa yg akan terjadi, tidak fahamnya kita akan Allah Dan Tauhidnya, akan melibat satu pusingan yang sungguh mengerikan, a vicious cycle, kata org putih.

18. Bayangkan kita tidak faham, kemudian kemungkinan besar anak anak kita tidak akan faham, kemudian menantu yang dipilih juga tidak faham, cucu kita yang dilahirkan juga tidak faham kerana anak dan menantu kita tidak mengajarnya, kemudiaan cicit kita tidak faham kerana moyang, datuk, ayah dan ibunya juga tidak faham. Kalau inilah berlaku bermakna Kiamat itu begitu hampir. Semoga Allah jauhkan ada keluarga kita yg terpikat kepada Kristian.

19. Oleh itu menjadi tugas kita untuk faham Allah dan Tauhidnya dan diturunkan kpd anak2 kita, baru lah kita boleh merasa sedikit lega dan yakin bahawa keimanan Islam kita, anak, menantu, cucu, cicit, tidak akan berganjak dengan hanya manusia dari agama lain menggunakan perkataan Allah.

20. Kita boleh menghalang dengan tidak memberikan permit utk orang bukan islam menggunakan perkataan Allah. Tapi bagaimana dengan penerbitan yang tidak rasmi. Bagaimana dengan sebaran sebaran umum. Bagaimana kalau dia datang kepada anak kita dan mengatakan ”Tuhan kami juga Allah”. Dan kita pula tidak meletakan pertahanan aqidah kepada anak kita.

21. Kita mesti ingat bahawa Kerajaan Malaysia hari ini bukan dari jenis yang terlalu hirau atau concern tentang halal dan haram. Pemimpin yang dipilih pada hari ini adalah dari hasil politik wang. YB YB yang dipilih pada hari ini ada yang dari hasil penipuan. Pemimpin BN hari ini adalah secara direct atau tidak, adalah mereka yang rasuah. Terlalu sedikit yang macam YB Shahrir Samad. Bagaimana mereka yg didalam perutnya mungkin penuh dengan lemak lemak rasuah, terlalu mengambil berat akan aqidah kita, anak, cucu kita. Kalau YB MCA sanggup letak jawatan, bagaimana dengan dua YB Selangor,melayu, yang ada affair. Mereka, YB YB ini, mungkin akan mempertahankan, hanya setelah aqidah orang kita telentang tetapi kita tidak boleh membiarkan anak cucu cicit kita jadi begitu.

Kerana itulah, memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam.

Satu ALLAH 3 Aqidah (1)

1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya ’exclusive’ pada orang Islam.

2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .

3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku ’saya seorang Islam yang baik’, atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.

4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.

5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.

6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.

7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.

8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga. Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.

9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.

10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)

11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.

12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah.

13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)

14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.

15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.