Tuesday, January 15, 2008

Tauhid Uluhiyah, Rububiyah,...

Memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam.

22. Sbg ulangan ringkas

a. Tauhid Rububiyah adalah menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa yang menciptakan alam, mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga.

b. Tauhid Uluhiyyah pula, Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta, Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

23. Pembaca sekelian, ianya tidak berhenti disitu. Dari situlah datangnya
a. Rukun Islam
b. Rukun Iman.
Dah cukup? Ramai umat melayu Islam berhenti disini. Islam mereka sekadar 2 rukun ini dan kemudian memberi sedekah dengan ala kadarnya. Seolah olah mempercayai Islam itu hanya Rukun Islam dan Rukun Iman.

24. Sebenarnya setelah dua rukun tersebut, kita perlu memberi komitmen bahawa kita akan Muslim dengan
a. Beraqidah Islam dengan sebenarnya.
b. Menjaga ibadah Islam kita supaya suci
c. Menjaga diri sendiri dengan ilmu dan akhlaq Islam
d. Membentuk, membangun, mendidik keluarga kita dengan cara Islam
(Ramai orang berhenti ditakat a-d)
e. Berdakwah menyebarkan kefahaman Islam
f. Amar makruf Nahi Mungkar
g. Memperjuangkan demi menghidupkan sistem syariah Islam.

Pembaca budiman, tambahlah ilmu dengan mengetahui nas nas alQuran dan hadis Rasullullah utk perkara perkara diatas. Lets do it, once and for all, supaya aqidah kita berasaskan hujah& nas, bukan lagi ikut ikut atau terlalu cetek, juga supaya diri kita, anak, menantu, cucu, cicit kita selamat dari api neraka

Sila lawati
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp dengan membaca Apa Ertinya Saya Menganut Islam: Fathi Yakan. Web ini adalah naungan kerajaan Arab Saudi.

Di izinkan Allah saya akan meneroka Nabi ISA dari perspektif petikan petikan dari Al Quran.
Mohon fwd kepada keluarga, rakan ofce dan dunia luar...
Allahu a’lam

Apa Ertinya Saya Menganut Islam.
Mukadimah Bahagian Pertama
Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah
Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam
Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib

No comments: