Tuesday, January 15, 2008

Satu ALLAH 3 Aqidah (1)

1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya ’exclusive’ pada orang Islam.

2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .

3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku ’saya seorang Islam yang baik’, atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.

4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.

5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.

6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.

7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.

8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga. Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.

9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.

10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)

11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.

12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah.

13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)

14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.

15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.

No comments: